Program Keselamatan Siber Bersama Komuniti MADANI WP KL & Putrajaya
4 Disember 2024 | Aktiviti Terkini03 Disember 2024, Selasa - Pejabat MCMC Wilayah Persekutuan dengan kerjasama bersama JaPen dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menganjurkan Program Keselamatan Siber: Jom Bijak Internet Bersama Komuniti MADANI Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya. Program ini berlangsung pada 3 Disember 2024 (Selasa) bertempat di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur.
Salah satu agenda program tersebut adalah ’Taklimat NADI’ yang akan disampaikan oleh wakil Jabatan NADI MCMC. Sebagai sokongan terhadap ‘Road to 1Million’ serta mewujudkan kolaborasi yang lebih erat antara NADI dan Komuniti MADANI, sesi pendaftaran keahlian NADI bagi semua peserta yang hadir telah dilaksanakan.
Sebelum sesi pendaftaran bermula petugas NADI diberi penetapan aplikasi pendaftaran dan MyKad Reader, serta taklimat ringkas tentang kaedah penggunaan MyKad Reader. Sesi pendaftaran dilaksanakan sebelum program bermula (pada jam 1.30 petang bersekali dengan pendaftaran kehadiran peserta) dan selepas program tamat (semasa minum petang). NADI Presint 18 merupakan antara NADI Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya yang hadir sebagai petugas untuk pendaftaran keahlian NADI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: