Latihan Keusahawanan Bersama Giatmara – E-Marketplace Shopee Shop

17 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

16 Februari 2024, Jumaat – PEDi Putrajaya telah memulakan sesi pembelajaran untuk modul yang pertama yang bertajuk Shopee Shop. Fokus utama modul ini adalah cara-cara mudah untuk membuka kedai shopee dan juga tips menjadi penjual yang berjaya. Kelas diadakan selama dua jam bermula 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari yang bertempat di PEDi Presint 16 yang dihadiri oleh 15 orang pelajar dan seorang guru pengiring.

Sesi kelas dimulakan dengan pelajar mendengar penerangan modul daripada wakil PEDi Presint 16 iaitu Puan Nur Dahiyah yang menjadi tenaga pengajar untuk kelas ini, dibantu oleh Cik Balqis Penolong Pengurus PEDi Presint 16 dan turut serta wakil-wakil dari PEDi Presint 18, PEDi Presint 9 Fasa 10 dan juga PEDi Presint 9 Fasa 3.

Shopee adalah salah satu platform perniagaan yang mudah dan percuma untuk semua orang. Bagi modul ini pelajar dapat mempelajari tentang cara-cara membuka kedai shopee sendiri secara praktikal kerana disamping penerangan berjalan pelajar turut mengikuti step-step yang diajar agar mereka dapat melihat sendiri flow tersebut. Disamping itu, pelajar juga dapat mengetahui tips agar menjadi peniaga yang berjaya di platform shopee. Kelas telah disempurnakan dengan sesi bergambar bersama-sama pelajar dan juga cikgu giatmara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas