Kaunter PADU di PEDi Presint 18

7 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

06 Januari 2024, Sabtu – Pendaftaran dan pengemaskinian portal PADU telah diadakan di PEDi Presint 18. Bagi memastikan pelaksanaan PADU di PEDi berjalan lancar, peranan PEDi dalam pelaksanaan PADU adalah berfungsi sebagai lokasi dan tempat strategik sebagai saluran kepada rakyat untuk mengemaskini maklumat PADU, permudahcara/One Stop Center kepada rakyat setempat untuk melaksanakan pengemaskinian maklumat PADU secara Online dan bersama-sama dengan DOSM Negeri dalam gerak kerja perlaksanaan PADU untuk memastikan rakyat dapat mengemaskini maklumat.

Pelaksanaan pendaftaran dan pengemaskinian portal PADU di PEDi Presint 18 telah diadakan pada 2 hingga 5 Januari 2024. Kaunter fizikal di PEDi Presint 18 akan diteruskan pada minggu hadapan iaitu pada 8 hingga 12 Januari 2024 bermula jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Komuniti setempat yang mengalami masalah dan memerlukan bantuan untuk mengisi PADU boleh hadir ke kaunter fizikal PADU di PEDi yang terpilih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas