Kelas ICT & STEM/IOT

8 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

07 Januari 2024, Ahad – Kelas STEM/IOT telah diadakan untuk memperkenalkan kepada pelajar mengenai animated drawing menggunakan laman web https://sketch.metademolab.com/untuk imej bergerak menggunakan teknologi AI. Kelas dimulakan dengan pelajar menggunakan Paint untuk melukis gambar yang akan digunakan di laman web tersebut.

Seterusnya, pelajar akan memuat naik gambar yang telah siap dilukis di Paint dan memilih jenis pergerakan yang tertera. Pelajar yang menyertai kelas ini dapat mempelajari cara penggunaan Paint untuk melukis dan teknologi AI yang terdapat di laman web tersebut. Kelas diadakan bermula jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas