Program Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan

24 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

23 Mac 2024, Sabtu – Program Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan telah diadakan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, JPNIN dan KRT P18R13 dengan kerjasama IKRAM, Petronas Presint 18, Surau Al-Kauthar, MPP Sub Zon 1 dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional, NaDi Presint 18. Tujuan utama program diadakan adalah untuk Program Gerak Rahmah 2024 oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan program ini dijalankan secara serentak di seluruh negara. Selain itu, untuk menjalinkan ukhwah bersama komuniti dengan menyertai aktiviti bersama-sama sempena bulan Ramadan dalam penyediaan bubur lambuk untuk di edarkan kepada komuniti sekitar.

Antara aktiviti yang diadakan adalah penyediaan bahan dan memasak bubur lambuk dan bubur kacang bersama-sama komuniti P18R13. Pengunjung yang hadir terdiri daripada penduduk sekitar 18R13. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama ajk program dan komuniti. Program telah diadakan di perkarangan Surau Al-Kauthar P18R13. Program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas