PROGRAM CUTI SEKOLAH - ESPORTS PERTANDINGAN EFOOTBALL NADI PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN

28 Disember 2025 | Aktiviti Terkini

27 Disember 2025 (Sabtu) - Telah berlangsung Program Cuti Sekolah - eSports Pertandingan eFootball NADI Peringkat Wilayah bertempat di NADI Presint 18, Putrajaya. Acara ini dilakukan secara virtual menggunakan aplikasi discord yang telah disediakan oleh pihak pengurus NADI e-Sukan. Pasukan terlibat adalah dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam meraih tempat untuk mewakili ke peringkat kebangsaan. Dua wakil pemain dari NADI Presint 18 yang menyertai pertandingan ini.

Acara dimulakan dengan sesi pendaftaran pada jam 9.00 pagi. Kemudian diteruskan dengan persediaan wakil peserta untuk check in kehadiran. Pemain telah dibahagikan kepada 4 kumpulan di mana setiap wakil pemain akan berentap mengikut format point mata terkumpul yang tertinggi dan hanya seorang peserta layak mara ke peringkat kebangsaan.

Perlawanan dimulakan pada jam 10.00 pagi bertemu wakil pemain daripada NADI Presint 9 Fasa 10 dan peroleh kemenangan pertama tanpa bertanding. Perlawanan kedua bertemu pemain NADI Presint 16. Seterusnya menentang NADI Taman Sri Sinar pada pusingan ketiga. NADI Presint 18 telah mara ke separuh akhir menentang NADI Taman Sri Sinar dan berjaya mengalahkan mereka untuk ke peringkat akhir. Foxeto wakil NADI Presint 18 telah berjaya mendapat naib johan untuk peringkat negeri ini sekaligus memenangi wang tunai berjumlah RM300.00

Acara pertandingan diakhiri pada jam 3.00 petang yang disempurnakan dengan sesi bergambar bersama-sama.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas