PROGRAM JIWA @ KOMUNITI MADANI - PROGRAM KEMASYARAKATAN KOMUNITI MADANI PUTRAJAYA 5, PARLIMEN PUTRAJAYA

20 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

19 Julai 2025, Sabtu – Pusat Sebaran Maklumat Nasional Presint 9 Fasa 3 bersama pihak JAPEN telah menganjurkan Program Jiwa @ Komuniti Madani- Program Kemasyarakatan Komuniti Madani Putrajaya 5, Parlimen Putrajaya. Program bermula pada 9.00 pagi - 2.00 petang. Program ini telah dihadiri seramai 23 orang yang merupakan usahawan Putrajaya.

Program dimulakan dengan pendaftaran peserta sebagai ahli NADI dan kemaskini MyDigital ID. Kemudian petugas NADI membuat saringan kesihatan kepada semua peserta. Setelah pemeriksaan kesihatan dijalankan, program disambung dengan Taklimat Kempen Keselamatan Internet oleh Puan Haryati binti Sedali, Pengurus NADI Presint 18 Putrajaya. Saringan Kesihatan dan Kempen Keselamatan Internet merupakan salah satu program yang dijalankan secara percuma kepada semua komuniti yang berdaftar Sebagai ahli NADI.

Pada jam 11.00 pagi, Encik Rohaizad Abd Fandi, Eksekutif Hasil Kanan 1 LHDNM memulakan Taklimat e-Invois Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Program diteruskan dengan sesi amali e-Invois dan soal jawab dan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari dan sesi bergambar bersama pihak JAPEN, NADI dan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas