KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2)
24 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 23 Julai 2025 (Rabu) – Pusat Sebaran Maklumat Nasional Putrajaya telah menjalankan Kempen Internet Selamat bersama pelajar sekolah di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2). Seramai 56 orang pelajar bersama beberapa orang guru dan staff NADI telah menyertai program ini bertempat di Bilik Audio SKPP9(2).
Program ini dimulakan dengan pengenalan NADI serta fungsinya oleh Pengurus NADI Presint 18 iaitu Puan Haryati binti Sedali. Setelah itu Puan Haryati memberi penerangan kepada pelajar-pelajar mengenai Kempen Internet Selamat. Seterusnya, pelajar dikehendaki untuk menyanyikan lagu Kempen Internet Selamat serta membuat aktiviti Tepuk-Tepuk Selamat. Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan. Fasilitator juga dibahagikan untuk menjaga 5 kumpulan pelajar. Setiap kumpulan pelajar diberi sekeping kad passport internet selamat dan perlu pergi ke lima stesen yang disediakan untuk mendengar dan melengkapkan aktiviti yang disediakan oleh fasilitator di setiap stesen. Antara modul yang disampaikan adalah mengenai Buli Siber, Penyantunan dalam talian, Scam, Maklumat palsu dan pelbagai lagi.
Setelah selesai aktiviti berkumpulan, program diteruskan dengan Anugerah Guru & Pelajar K-DAT kepada guru dan pelajar yang terpilih. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama pelajar dan guru-guru pada jam 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: