Sesi Taklimat Program NADI x Cybersecurity- Capture The Flag

12 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

11 Januari 2025, Sabtu – Pihak SSO NADI x Cybersecurity telah menjalankan satu sesi taklimat ringkas bersama semua Petugas NADI seluruh negara mengikut sesi wilayah. Taklimat diadakan secara atas talian menggunakan Google Meet pada Jumaat, 10 Januari 2025 yang lalu. Taklimat berlangsung selama setengah jam pada bermula 2.30 petang hingga 3.00 petang dan sesi ini telah dihadiri oleh petugas NADI Wilayah Selatan + Tengah (264 NADI) Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya.

Objektif Taklimat adalah seperti berikut:
1. Penerangan mengenai Program Capture The Flag.
2. Kriteria peserta yang diperlukan untuk menyertai Program Capture The Flag.
3. Koordinasi & Persiapan pendaftaran peserta bagi program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas