PERTANDINGAN ESUKAN X NADI (MLBB) MUSIM KETIGA PERINGKAT WILAYAH

26 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

25 Oktober 2025 (Sabtu) - Telah berlangsung perlawanan e-Sukan Saringan Peringkat Wilayah telah diadakan bertempat di NADI Presint 18, Putrajaya. Acara ini dilakukan secara virtual menggunakan aplikasi discord yang telah disediakan oleh pihak pengurus NADI e-Sukan. 29 pasukan terlibat dalam meraih tempat untuk mewakili ke peringkat kebangsaan.

Acara dimulakan dengan sesi pendaftaran pada jam 9.30 pagi. Kemudian diteruskan dengan persediaan wakil peserta bersama marshall dalam memilih undian. Pasukan telah dibahagikan kepada 4 kumpulan di mana setiap wakil pasukan akan berentap antara kumpulan yang ditetapkan mengikut format point mata terkumpul yang tertinggi dan hanya 2 pasukan daripada setiap kumpulan yang akan layak mara ke peringkat negeri.

Perlawanan dimulakan pada jam 10.30 pagi bertemu wakil kumpulan daripada NADI PPR Pinggiran Bukit Jalil dan peroleh kemenangan pertama. Perlawanan kedua bertemu kumpulan wakil NADI PPR Kampung Baru Air Panas. Seterusnya menentang PPR Salak Selatan pada pusingan ketiga. Pada pusingan keempat menentang PPR Desa Tun Razak dan pusingan kelima menentang PPR Sri Pantai. Pusingan keenam pasukan NADI Presint 18 menang tanpa bertanding disebabkan PPR Seri Alam 2 telah tersingkir. Keseluruhan markah, NADI Presint 18 telah mendapat tempat ketiga dalam kumpulan C dengan mata 4:6.

Acara pertandingan diakhiri pada jam 4.00 petang yang disempurnakan dengan sesi bergambar bersama-sama.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas