Program Khas Merdeka & Hari Malaysia @ NADI

8 September 2025 | Aktiviti Terkini

07 September 2025 (Ahad) – NADI Presint 18 telah berjaya menganjurkan Program Khas Merdeka & Hari Malaysia 2025 sebagai wadah memperkukuh perpaduan komuniti setempat melalui pelbagai aktiviti berinformasi, kreatif dan berunsur kekeluargaan. Program ini berlangsung dengan meriah serta mendapat sambutan baik daripada kanak-kanak, belia dan keluarga yang hadir sepanjang acara.

Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuklah Pertandingan Mewarna Merdeka, Pertandingan Mobile Legend Merdeka, Tayangan Video Ulangan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-68, Kuiz Kemerdekaan & Hari Malaysia, Saringan Kesihatan dan Pendaftaran Ahli Baharu NADI. Sesi live khas NADI seluruh Malaysia bersama YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi juga diadakan ketika program berlangsung.

Pihak NADI Presint 18 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta dan komuniti yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas