KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8 (3)
11 September 2025 | Aktiviti Terkini10 September 2025 (Rabu) – Pusat Sebaran Maklumat Nasional, NADI Putrajaya telah mengadakan Kempen Internet Selamat (KIS) bersama pelajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (3). Seramai 55 orang pelajar tahap dua (tahun 4, 5 & 6) telah menyertai program ini dan dibantu beberapa orang guru. Program ini telah diadakan di SK Putrajaya Presint 8 (3) menumpang di SK Putrajaya Presint 11(2).
Program dimulakan dengan pengenalan NADI serta fungsinya oleh Pengurus NADI Presint 18 iaitu Puan Haryati. Pelajar juga diberi penerangan mengenai Kempen Internet Selamat. Seterusnya, pelajar menyanyikan lagu Kempen Internet Selamat diikuti aktiviti Tepuk-Tepuk Selamat. Program diteruskan dengan aktiviti berkumpulan program KIS, pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan untuk aktiviti modul bersama fasilitator di setiap stesen. Setiap kumpulan diberi sekeping kad passport internet selamat dan perlu melalui lima stesen yang disediakan untuk sesi penerangan dan melengkapkan aktiviti. Antara tajuk aktiviti modul adalah mengenai Buli Siber, Penyantunan Dalam Talian, Scam, Maklumat palsu dan pelbagai lagi.
Setelah selesai aktiviti berkumpulan, program diteruskan dengan Anugerah Guru & Pelajar K-DAT kepada guru dan pelajar yang terpilih. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama pelajar dan guru-guru pada jam 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: