Karnival Kempen Internet Selamat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Selangor

12 September 2025 | Aktiviti Terkini

11 September 2025 (Khamis) – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengadakan Karnival Kempen Internet Selamat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Selangor di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam Selangor. Karnival ini juga melibatkan kerjasama agensi lain seperti Kementerian Komunikasi, Jabatan Pendidikan Negeri, JAPEN, Pihak Sekolah dan sebagainya. Karnival ini telah dihadiri dan dirasmikan oleh YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi.

Karnival ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan kerjasama strategik antara pihak MCMC dan Persatuan Guru Besar Sekolah Tamil Malaysia, khususnya dalam usaha memperluas jangkauan Kempen Internet Selamat ke sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL). Inisiatif ini sejajar dengan aspirasi MCMC untuk memperkukuh kesedaran keselamatan internet dalam kalangan warga institusi pendidikan. Karnival ini dihadiri 1500 orang terdiri daripada pelajar dari 114 buah sekolah SJKT (99 buah SJKT di Selangor dan 15 buah SJKT di WPKL – pelajar tahap 2), guru pengiring, dan wakil PIBG.

Sepanjang karnival tersebut, antara pengisian program adalah

NADI Putrajaya (Presint 16, Presint 18, Presint 9 Fasa 3 dan Presint 9 Fasa 10) telah turut serta membantu dalam menjayakan karnival yang diadakan. Karnival bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas