Nadipreneur & Empowerher Program Nadi Keusahawanan – Live Webinar 7 Perancangan Perniagaan
3 April 2026 | Aktiviti Terkini02 April 2026 (Khamis) - Program NADI Keusahawanan, Pencarian Ikon Usahawan NADI 2026 bagi Suku Tahun Pertama (Q1) 2026 telah dilaksanakan dan program diteruskan bagi Suku Tahun Kedua (Q2) 2026. Setiap NADI perlu menghantar minimum dua peserta untuk mengikuti keempat-empat modul latihan bagi setiap suku. Peserta yang melengkapkan semua modul akan menerima Sijil Penyertaan.
Dua peserta dari NADI Presint 18 telah menyertai kelas pertama untuk suku tahun kedua (Q2) 2026 pada kali ini iaitu Live Webinar 7 bertajuk Perancangan Perniagaan. Tenaga Pengajar program ini adalah Encik Muhamad Syaamil Abdul Razak. Live Webinar ini diadakan secara atas talian menggunakan Google Meet dan berlangsung selama dua jam bermula pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: